Penaja Utama

Sunday, 17 July 2016

RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG (Sedap)




As salam. Harini saya nak kongsikan resepi sambal belacan turun-temurun daripada mak saya. Saya ni memang penggemar sambal belacan. Kalau makan ikan goreng mesti tekak ni nak makan sekali dengan sambal belacan. Makan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan memang gandingan yang mantap. Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ini adalah:
  1. Bawang merah - 7-10 biji
  2. Bawang putih - 7-10 biji
  3. Cili padi - 15-20 biji
  4. Belacan - 4 plastik kecil (Belacan Jenama ABC)
  5. Tomato - 2-3 biji (saiz besar)
  6. Gula - Secukupnya
  7. Garam - Secukupnya
  8. Air - Sedikit sahaja
Cara-cara:
  1. Tumbuk cili padi, belacan, bawang merah & putih sehingga lumat.
  2. Kemudian, panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
  4. Seterusnya, masukkan tomato yang telah dipotong-potong (seperti di dalam gambar) dan gaulkan sehingga sebati. Tambahkan sedikit air,
  5. Gaulkan  bahan-bahan tersebut sehingga tomato hancur (seperti di dalam gambar)
  6. Kemudian, untuk mengimbangkan rasa sambal belacan, tambahkan gula dan garam dan kacaukan hingga sebati.
  7. Gorengkan sambal belacan tersebut sehingga pecah minyak.
  8. Apabila sudah pecah minyak, angkat sambal belacan dan hidangkan bersama ikan goreng  dan lain-lain.
Selamat mencuba semuanya. Kalau dah cuba bolehlah berikan komen di bawah... Hehehehe.







Monday, 4 July 2016

Tip: Cara Mengetahui Kesegaran Telur

Cara untuk mengetahui kesegaran telur adalah dengan merendam telur ke dalam mangkuk atau gelas berisi air. Gambar di bawah menunjukkan posisi telur di dalam air dan posisi tersebut menentukan tahap kesegaran telur tersebut.

Tahap kesegaran telur
  1. Amat Segar - Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.
  2. Telur sudah Seminggu -Telur yang sudah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.
  3. Telur sudah 3 minggu - Telur yang sudah 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.
  4. Telur Busuk/Tidak elok - Telur yang dah lama dan busuk akan terapung, terlonjak ke permukaan air. 

Source from Physical Culturist

Wednesday, 29 June 2016

RESEPI: KANGKUNG GORENG BELACAN


As salam. Tak sedar lebih kurang seminggu lagi Ramadhan akan meninggalkan kita untuk tahun ini. Apa khabar semuanya sihat? Harap-harap semua sihat-sihat belaka. Harini saya nak kongsikan resepi sayur kegemaran saya iaitu Kangkung Goreng Belacan. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Kangkung - 1 ikat
  2. Bawang merah - 3 ulas
  3. Bawang putih - 3 ulas
  4. Cili padi - 3-5 biji
  5. Belacan - dalam 2-3 cm
  6. Maggi Cukup Rasa - secukupnya
  7. Minyak masak untuk menumis bawang.
  8. Sedikit air.


Cara-caranya:
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan sehingga lumat.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan belacan yang telah ditumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan kangkung yang telah dipotong-potong dan gaulkan hingga sebati. Tambahkan sedikit air dan Manggi Cukup Rasa.
  4. Masak sayur sehingga sayur layu dan kuah menggelegak.
  5. Sayur Kangkung Goreng Belacan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

RESEPI: IKAN KAYU MASAK ASAM KUNYIT

Assalamualaikum semua. Semuanya sihat harini? Harini saya nak berkongsi satu resepi ringkas yang saya pelajari daripada ibu saya. Harini saya nak kongsi resepi Ikan Kayu Masak Asam Kunyit. Masakan ni memang antara resepi wajib ada tak kira makan tengah hari mahupun makan malam. Kalau lauk lain takda dan tinggal lauk ni memang sedap makan dengan nasi panas dan kicap manis. Kalau yang suka pedas bolehlah makan dengan hirisan cili padi. Berbalik pada resepi ni, resepi hanya memerlukan sedikit bahan.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :


  1. Ikan kayu - 1 kg
  2. Air asam Jawa - 200 ml
  3. Serbuk kunyit - 1 sudu
  4. Air - Secukupnya
  5. Bawang merah - 3 ulas (untuk bawang goreng)
  6. Garam - Secukupnya





Cara-cara:
  1. Siang ikan dan basuh bersih-bersih. Kemudian, panaskan periuk dan masukkan air asam Jawa.
  2. Kemudian, masukkan ikan, serbuk kunyit dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Selepas itu, tambahkan air untuk mengubah kepekatan kuah yang anda inginkan.
  4. Sementara menunggu ia masak, panaskan minyak untuk menggoreng bawang merah. Angkat bawang merah tersebut.
  5. Setelah ikan tadi sudah masak. Matikan api dan hidangkan.
  6. Taburkan bawang goreng tadi di atas ikan tersebut.
*Anda juga boleh tambahkan serai yang telah dititik ke dalam resepi ini untuk menaikkan lagi aromanya. Selamat mencuba.

RESEPI: IKAN DORI GORENG TEPUNG MASAK 'SWEET & SOUR'

Assalamualaikum semua. Harini Mrd nak berkongsi resepi Ikan Dori Goreng Tepung 'Sweet and Sour' (Simple Version). Sejak akhir-akhir ni family saya suka makan filet ikan Dori. Ini sebernarnya resepi daripada kakak saya. Dulu tak pernah tahu pun Ikan Dori tu apa. Ikan Dori ni selalu di jual frozen dekat supermarket
Okay, untuk resepi ni saya akan kongsikan Sweet and Sour yang simple version punya. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Ikan Dori Goreng Tepung
  1. Filet Ikan Dori - 1 kg (dipotong-potong)
  2. Tepung Goreng Paket (apa-apa jenama) - 1 Paket
  3. Tepung Jagung - 2 sudu
  4. Telur - 2 biji 

Sos Sweet and Sour
  1. Sos cili - 3 sudu
  2. Sos tomato - 3 sudu
  3. Sos tiram - 2 sudu
  4. Maggi Cukup Rasa - Secukupnya
  5. Gula - Secukupnya
  6. Air - Sedikit
Bahan Tumis
  1. Bawang merah - 2 ulas (ditumbuk lumat)
  2. Bawang putih - 2 ulas (ditumbuk lumat)
Bahan-bahan lain
  1. Cili padi - 5-7 biji
  2. Sayur campur paket (Lobak, jagung dan kacang peas) - 1 mangkuk kecil

CARA-CARA:

  1. Mula-mula celupkan ikan dori yang telah dipotong-potong ke dalam telur yang telah dikacau. Ikan dicelupkan di dalam telur supaya tepung melekat dengan cantik nanti. Kalau tak celupkan dengan telur susah tepung nak melekat.
  2. Masukkan satu persatu ikan dori yang telah dicelupkan telur tadi ke dalam tepung goreng (Tepung Goreng Paket + Tepung Gandum)
  3. Kemudian, goreng ikan dori tersebut sehingga warna menjadi keperangan. Setelah semua ikan dori telah di goreng letakkan di atas pinggan yang dilapikkan tisu supaya lebihan minyak dapat diserap oleh tisu tersebut.
  4. Kemudian, sedia untuk membuat sosnya pula. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan gula untuk mengimbangi rasa dan kacau hingga sebati. 
  7. Kemudian, masukkan cili padi (dihiris-hiris) dan sayur campur dan kacau hingga sebati. 
  8. Kemudian tambahkan air untuk mengubah kepekatan yang dikehendaki.
  9. Masak sos tersebut sehingga menggelegak.
  10. Matikan api dan masukkan ikan dori goreng tepung tadi dan gaul hingga sebati. 
  11. Angkat dan Ikan Dori Goreng Tepung Sweet and Sour sedia untuk dihidang. 
Selamat mencuba. :)

RESEPI: SAYUR CAMPUR & JAGUNG MUDA MASAK SOS



Assalamualaikum semua. Diharap semuanya sihat-sihat belaka. Harini saya nak berkongsi satu resepi iaitu Jagung Kecil  & Sayur Campur Masak Sos. Resepi ni saya ambil daripada resepi kakak saya. Saya banyak belajar memasak daripada kakak-kakak saya. Resepi ni sangat simple sebab tidak memerlukan banyak bahan. Sayur campur yang saya gunakan dalam resepi ni ialah sayur campur yang dalam paket tu. Yang ada lobak, jagung dan kacang peas.



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Jagung muda 6-8 biji
  2. Sayur campur paket (Lobak, jagung dan kacang peas) 1 mangkuk kecil
  3. Sosej 3 batang
  4. Bawang merah 2 ulas
  5. Bawang putih 2 ulas
  6. Sos cili 8 sudu
  7. Sos tiram 2 sudu
  8. Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil
  9. Minyak masak Secukupnya
  10. Air Sedikit

Cara-cara: 
  1. Pertama sekali potong-potong jagung muda & sosej mengikut bentuk yang anda inginkan.
  2. Kemudian, basuh sayur campur, jagung muda & sosej yang telah dipotong-potong tadi.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & bawang putih yang telah ditumbuk lumat. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan Maggi Cukup Rasa dan gaul hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan sayur campur, jagung muda & sosej tersebut dan gaul hingga sebati.
  6. Tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah (mengikut kepekatan kuah yang anda inginkan). Kemudian, gaul hingga sebati,
  7. Setelah kuah dah menggelegak dan sayur pun dah masak, matikan api dan angkat.
  8. Jagung Muda & Sayur Campur Masak Sos sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba semuanya :)

RESEPI: ROTI CELUP TELUR

Assalamualaikum semua. Harini saya nak berkongsi satu resepi roti ringkas kepada anda semua. Sangat senang saja resepi ni. Saya suka makan roti celup telur ni time sarapan. 
Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Roti - 6 keping
  2. Telur - 2 biji
  3. Mentega - Secukupnya
  4. Maggi Cukup Rasa - Secukupnya

 Cara-cara:
  1. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam magkuk besar. Kemudian, tambahkan Maggi Cukup Rasa dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian, panaskan kuali rata dan letakkan sedikit mentega.
  3. Celupkan roti dengan telur yang telah dikacau tadi.
  4. Gorengkan roti yang telah dicelup tadi. Goreng kedua-dua belah.
  5. Kemudian, angkat dan goreng lagi roti yang seterusnya.
  6. Apabila siap menggoreng semuanya, boleh hidangkan bersama sosej goreng dan sos cili.
Selamat mencuba.

RESEPI: CEKODOK @ JEMPUT-JEMPUT PISANG GEBU

Assalamualaikum semua. Semua sihat tak harini? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Panas sangat cuaca sekarang ni. Saya sekarang dekat Kota Samarahan, cuaca silih berganti. Harini panas terik, esok lusa hujan lebat. So, kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Kota Samarahan, jagalah kesihatan sebab time-time macam ni lah kita senang nak demam. 

Okay berbalik pada resepi yang saya nak kongsikan harini ialah Cekodok Pisang Gebu. Sedap ni kalau dapat makan time minum petang sambil minum teh panas. Resepi ni kakak saya yang ajarkan. Dulu saya buat cekodok pisang tak sedap sebab terlalu lembik and tak gebu. So, kakak saya ajar tambahkan soda bikarbonat ke dalam aduanan cekodok tu. Nanti time goreng elok jak cekodok tu kembang dan berbentuk bulat. Tapi takdalah bulatnya perfect sangat. Ada jugaklah yang lonjong, bujur dan etc. Hahahhahaha.

Bahan-bahan:
  1. Tepung gandum - 3 cawan
  2. Pisang - 4 biji
  3. Gula - 1 sudu
  4. Garam - Sedikit
  5. Soda bikarbonat - 1 sudu kecil
  6. Air - Secukupnya

Cara-cara:
  1. Kupaskan kulit pisang dan masukkan ke dalam bekas besar. Kemudian, lenyek-lenyekkan pisang tersebut.
  2. Masukkan tepung gandum, gula, garam dan soda bikarbonat. Gaul hingga sebati.
  3. Tambahkan air ke dalam adunan secukupnya. Jangan letak air terlalu banyak sebab takut terlalu cair.
  4. Kemudian, panaskan minyak dan goreng adunan cekodok tadi.
  5. Goreng sehingga warna bertukar kecoklatan.
  6. Setelah semua adunan cekodok siap digoreng, cekodok sedia untuk dihidang. 
Selamat mencuba. :) 

RESEPI: MURTABAK MAGGI BAWANG


Assalamualaikum, harini saya ingin berkongsi satu resepi ringkas iaitu Murtabak Maggi Bawang. Baru saja semalam saya masak murtabak ni dengan kawan. Hari-hari kalau makan dekat kafe, kosonglah dompet saya. Maklumlah student kena berjimat. Kalau tak berjimat dari awal semester, mesti hujung-hujung sem makan Maggi. Dahlah hujung-hujung sem dah start musin exam  dan makan pulak hari-hari Maggi. Memang tak bagus untuk kesihatan lagi-lagi time tu nak exam. Dulu saya, selalu macam tu. Kadang jawab soalan exam smabil perut berkeroncong. Malu dengan kawan sebelah atau pensyarah yang lalu meja saya. Berkeroncong perut saya tu, bukannya sekejap. Sampai nak habis waktu peperiksaan masih berbunyi. Hahahha. Oleh itu, para student berjimat cermatlah dari awal sem lagi, supaya tak jadi macam kes saya.

Okay berbalik kepada resepi ni, sebenarnya pertama kali saya masak murtabak Maggi ni ketika tahun pertama di universiti. Ketika itu, ada minggu keusahawanan untuk subjek EBX 0032 (Asas Pembudayaan Keusahawanan). Oleh itu, kumpulan saya ketika itu bercadang nak buat murtabak Maggi sebab senang. Semasa menjual murtabak ni, kira laku juga lah. Modal yang diperlukan sikit saja sebab hanya menggunakan Maggi Kari dan sebiji telur. Tapi kali ni saya olah sedikit resepi ni supaya takdalah ringkas sangat. 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah: (Hidangan untuk 2 orang)

  1. Maggi Kari - 2 bungkus
  2. Telur - 3 biji
  3. Pati Ayam - 1 kiub
  4. Bawang besar -1 biji
  5. Minyak masak - Secukupnya
  6. Sos cili - Secukupnya
Cara-cara: 
  1. Rebus mee Maggi terlebih dahulu dan kemudian toskan air panas tersebut dan masukkan mee ke dalam mangkuk besar.
  2. Tambahkan serbuk Maggi Kari, pati ayam, dan bawang besar yang dihiris-hiris. Gaulkan hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan telur dan kacau hingga sebati.
  4. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan adunan murtabak tadi menggunkan api sederhana.
  5. Setelah bahagian bawah murtabak dah bertukar warna keperangan, terbalik pula untuk menggoreng bahagian atasanya pula.
  6. Ulang langkah 4 & 5 sehingga adunan murtbak habis.
  7. Angkat murtabak dan hidangkan dengan sos cili dan hirisan bawang besar seperti gambar di bawah.
Selamat mencuba resepi ringkas ini. :)

RESEPI: TELUR MASAK KICAP BUJANG 'STYLE'



Assalamualaikum, apa khabar, semuanya sihat harini? Semoga semua dalam keadaan sihat pada harini. Pada harini saya nak berkongsi satu resepi simple iaitu Telur Masak Kicap Bujang Style. Resepi saya memang selalunya simple sebab saya ni masih bujang dan masih study lagi, jadi saya masak yang termampu saja. Bagi para bujang dan student di luar sana yang suka masak dan berjimat boleh lah mencuba resepi ringkas ni. Kelmarin saya masak ni untuk makan malam. Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  1. Telur 2 biji
  2. Bawang besar 1 biji
  3. Kicap manis 7-8 sudu
  4. Sos cili 2 sudu
  5. Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil
  6. Gula 1 sudu kecil
  7. Sedikit air
  8. Minyak masak untuk menggoreng telur dan menumis
Cara-cara
  1. Goreng telur terlebih dahulu.
  2. Tumis bawang besar yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap manis, soc cili, Manggi Cukup Rasa dan gula. Kacau hingga sebati.
  4. Tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah yang anda kehendaki.
  5. Masak sehingga kuah menggelegak dan bawang besar layu. Matikan api.
  6. Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan kacaukan.
  7. Setelah itu, Telur Masak Kicap Bujang Style sedia untu dihidang.
*Anda juga boleh menambah bawang merah, bawang putih dan halia dalam bahan tumisan masakan ini. Memandangkan bahan-bahan saya tidak mencukupi, jadi Mrd hanya gunakan bawang besar sebagai bahan tumisan. SELAMAT MENCUBA :)