Penaja Utama

Wednesday, 29 June 2016

RESEPI: IKAN KAYU MASAK ASAM KUNYIT

Assalamualaikum semua. Semuanya sihat harini? Harini saya nak berkongsi satu resepi ringkas yang saya pelajari daripada ibu saya. Harini saya nak kongsi resepi Ikan Kayu Masak Asam Kunyit. Masakan ni memang antara resepi wajib ada tak kira makan tengah hari mahupun makan malam. Kalau lauk lain takda dan tinggal lauk ni memang sedap makan dengan nasi panas dan kicap manis. Kalau yang suka pedas bolehlah makan dengan hirisan cili padi. Berbalik pada resepi ni, resepi hanya memerlukan sedikit bahan.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :


  1. Ikan kayu - 1 kg
  2. Air asam Jawa - 200 ml
  3. Serbuk kunyit - 1 sudu
  4. Air - Secukupnya
  5. Bawang merah - 3 ulas (untuk bawang goreng)
  6. Garam - Secukupnya





Cara-cara:
  1. Siang ikan dan basuh bersih-bersih. Kemudian, panaskan periuk dan masukkan air asam Jawa.
  2. Kemudian, masukkan ikan, serbuk kunyit dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Selepas itu, tambahkan air untuk mengubah kepekatan kuah yang anda inginkan.
  4. Sementara menunggu ia masak, panaskan minyak untuk menggoreng bawang merah. Angkat bawang merah tersebut.
  5. Setelah ikan tadi sudah masak. Matikan api dan hidangkan.
  6. Taburkan bawang goreng tadi di atas ikan tersebut.
*Anda juga boleh tambahkan serai yang telah dititik ke dalam resepi ini untuk menaikkan lagi aromanya. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment