Assalamualaikum, apa khabar, semuanya sihat harini? Semoga semua dalam keadaan sihat pada harini. Pada harini saya nak berkongsi satu resepi simple iaitu Telur Masak Kicap Bujang Style. Resepi saya memang selalunya simple sebab saya ni masih bujang dan masih study lagi, jadi saya masak yang termampu saja. Bagi para bujang dan student di luar sana yang suka masak dan berjimat boleh lah mencuba resepi ringkas ni. Kelmarin saya masak ni untuk makan malam. Sedap makan dengan nasi panas-panas.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Telur 2 biji
- Bawang besar 1 biji
- Kicap manis 7-8 sudu
- Sos cili 2 sudu
- Maggi Cukup Rasa 1 sudu kecil
- Gula 1 sudu kecil
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng telur dan menumis
Cara-cara
- Goreng telur terlebih dahulu.
- Tumis bawang besar yang telah dihiris-hiris sehingga naik bau.
- Masukkan kicap manis, soc cili, Manggi Cukup Rasa dan gula. Kacau hingga sebati.
- Tambahkan sedikit air untuk mengubah kepekatan kuah yang anda kehendaki.
- Masak sehingga kuah menggelegak dan bawang besar layu. Matikan api.
- Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan kacaukan.
- Setelah itu, Telur Masak Kicap Bujang Style sedia untu dihidang.
*Anda juga boleh menambah bawang merah, bawang putih dan halia dalam
bahan tumisan masakan ini. Memandangkan bahan-bahan saya tidak mencukupi,
jadi Mrd hanya gunakan bawang besar sebagai bahan tumisan. SELAMAT
MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment