Assalamualaikum, harini saya ingin berkongsi satu resepi ringkas iaitu Murtabak Maggi Bawang. Baru saja semalam saya masak murtabak ni dengan kawan. Hari-hari kalau makan dekat kafe, kosonglah dompet saya. Maklumlah student kena berjimat. Kalau tak berjimat dari awal semester, mesti hujung-hujung sem makan Maggi. Dahlah hujung-hujung sem dah start musin exam dan makan pulak hari-hari Maggi. Memang tak bagus untuk kesihatan lagi-lagi time tu nak exam. Dulu saya, selalu macam tu. Kadang jawab soalan exam smabil perut berkeroncong. Malu dengan kawan sebelah atau pensyarah yang lalu meja saya. Berkeroncong perut saya tu, bukannya sekejap. Sampai nak habis waktu peperiksaan masih berbunyi. Hahahha. Oleh itu, para student berjimat cermatlah dari awal sem lagi, supaya tak jadi macam kes saya.
Okay berbalik kepada resepi ni, sebenarnya pertama kali saya masak murtabak Maggi ni ketika tahun pertama di universiti. Ketika itu, ada minggu keusahawanan untuk subjek EBX 0032 (Asas Pembudayaan Keusahawanan). Oleh itu, kumpulan saya ketika itu bercadang nak buat murtabak Maggi sebab senang. Semasa menjual murtabak ni, kira laku juga lah. Modal yang diperlukan sikit saja sebab hanya menggunakan Maggi Kari dan sebiji telur. Tapi kali ni saya olah sedikit resepi ni supaya takdalah ringkas sangat.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah: (Hidangan untuk 2 orang)
- Maggi Kari - 2 bungkus
- Telur - 3 biji
- Pati Ayam - 1 kiub
- Bawang besar -1 biji
- Minyak masak - Secukupnya
- Sos cili - Secukupnya
Cara-cara:
- Rebus mee Maggi terlebih dahulu dan kemudian toskan air panas tersebut dan masukkan mee ke dalam mangkuk besar.
- Tambahkan serbuk Maggi Kari, pati ayam, dan bawang besar yang dihiris-hiris. Gaulkan hingga sebati.
- Kemudian, masukkan telur dan kacau hingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dan gorengkan adunan murtabak tadi menggunkan api sederhana.
- Setelah bahagian bawah murtabak dah bertukar warna keperangan, terbalik pula untuk menggoreng bahagian atasanya pula.
- Ulang langkah 4 & 5 sehingga adunan murtbak habis.
- Angkat murtabak dan hidangkan dengan sos cili dan hirisan bawang besar seperti gambar di bawah.
Selamat mencuba resepi ringkas ini. :)
No comments:
Post a Comment