Penaja Utama

Sunday, 17 July 2016

RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG (Sedap)




As salam. Harini saya nak kongsikan resepi sambal belacan turun-temurun daripada mak saya. Saya ni memang penggemar sambal belacan. Kalau makan ikan goreng mesti tekak ni nak makan sekali dengan sambal belacan. Makan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan memang gandingan yang mantap. Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ini adalah:
  1. Bawang merah - 7-10 biji
  2. Bawang putih - 7-10 biji
  3. Cili padi - 15-20 biji
  4. Belacan - 4 plastik kecil (Belacan Jenama ABC)
  5. Tomato - 2-3 biji (saiz besar)
  6. Gula - Secukupnya
  7. Garam - Secukupnya
  8. Air - Sedikit sahaja
Cara-cara:
  1. Tumbuk cili padi, belacan, bawang merah & putih sehingga lumat.
  2. Kemudian, panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Tumiskan bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
  4. Seterusnya, masukkan tomato yang telah dipotong-potong (seperti di dalam gambar) dan gaulkan sehingga sebati. Tambahkan sedikit air,
  5. Gaulkan  bahan-bahan tersebut sehingga tomato hancur (seperti di dalam gambar)
  6. Kemudian, untuk mengimbangkan rasa sambal belacan, tambahkan gula dan garam dan kacaukan hingga sebati.
  7. Gorengkan sambal belacan tersebut sehingga pecah minyak.
  8. Apabila sudah pecah minyak, angkat sambal belacan dan hidangkan bersama ikan goreng  dan lain-lain.
Selamat mencuba semuanya. Kalau dah cuba bolehlah berikan komen di bawah... Hehehehe.







Monday, 4 July 2016

Tip: Cara Mengetahui Kesegaran Telur

Cara untuk mengetahui kesegaran telur adalah dengan merendam telur ke dalam mangkuk atau gelas berisi air. Gambar di bawah menunjukkan posisi telur di dalam air dan posisi tersebut menentukan tahap kesegaran telur tersebut.

Tahap kesegaran telur
  1. Amat Segar - Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.
  2. Telur sudah Seminggu -Telur yang sudah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.
  3. Telur sudah 3 minggu - Telur yang sudah 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.
  4. Telur Busuk/Tidak elok - Telur yang dah lama dan busuk akan terapung, terlonjak ke permukaan air. 

Source from Physical Culturist